}

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011 & Selamat tinggal Tahun 2010

Salam Sejahtera kepada semua pelayar blog ini..Setahun sudah kita berada di tahun 2010 memang banyak kenangan manis & pahit yang telah diharungi.Tahun 2010 telah banyak mengajar kita bermacam-macam perkara dan jadikanlah perkara manis sebagai kenangan & manakala kenangan pahit kita jadikan perdoman. Bagi tahun 2011 pula kita jadikan ianya sebagai medan untuk kita berjaya dengan cemerlang. Tanamkanlah azam baru dalam diri kita supaya kerjayaan akan dikecapi denngan jayanya..InsyaAllah..

Monday, December 20, 2010

Pertukaran Anggota

Pada 16 Dis 2010 lokasi PP(T)SB telah menerima 3 anggota lelaki bertukar lokasi dan seorang anggota wanita baru (ganti PBW Umi Sharmaliza bertukar ke Melaka ) menyertai pasukan CSD. Nama - nama anggota tersebut adalah seperti berikut :

1) L.Kpl Wan Mohd Fadlisman b Wan Shukri
2) L.Kpl Kamaruzaman bin Ismail
3) PBW Razni Binti Mad Rashed
4) Kpl Che Abdul Talib b Che Wan Ali.

HSE DAY PP(T)SB 2010

Pada 19 Disember 2010 pihak HSE PP(T)SB telah menganjurkan program HSE DAY yang berlangsung di perkarangan pejabat PP(T)SB serta Dewan Al Kautsar bermula dari jam 0800 - 1700. Banyak program yang telah diaturkan oleh pihak HSE. Antara program yang telah diaturkan ialah pameran motor berkuasa besar,alatan senaman,basikal,program derma darah,check saman dan lain-lain lagi.Di samping program yang telah diaturkan oleh pihak HSE,mereka juga telah berbesar hati memberi token GIANT @ PARKSON kepada setiap pekerja di PP(T)SB sempena HSE DAY & HSE MAINHOUR.Program ini telah berlangsung dengan jayanya.Alhamdulillah..

Saturday, December 4, 2010

PENGENALAN





Inilah bangunan Maingate utama bagi lokasi PP(T)SB yang mana menempatkan anggota-anggota polis bantuan bertugas siang dan malam bagi menjaga keselamatan nyawa pekerja serta harta benda syarikat PETRONAS. Maingate ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 2010 dan telah dirasmikan oleh CEO PP(T)SB sendiri iaitu En Ahmad Hamizan Bin Hassan. Ianya menggantikan laluan masuk PP(T)SB yang terdahulu iaitu bangunan Post 4. Kini laluan di post 4 hanya di buka pada waktu pagi dari hari AHAD - KHAMIS dikhaskan kepada kakitangan PETRONAS sahaja.





Manakala inilah pejabat pentadbiran PP(T)SB / AMSB yang menempatkan pejabat CEO PP(T)SB sekali. Bangunan ini dibahagikan kepada 3 tingkat. Segala urusan secara rasmi akan diadakan di sini.